4PM Bahas Selebriti 2024

4PM Bahas Selebriti 2024
6 July 2024
SATURDAY
2:30 p.m.

4PM Bahas Selebriti kembali dengan penuh debaran tahun ini!

Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) akan menganjurkan 4PM Bahas Selebriti dengan kerjasama Persatuan Rakyat (PA) sempena Pesta Belia M3 2024!

Acara tahun ini akan menggabungkan personaliti-personaliti tempatan yang terdiri dari selebriti artis, pelakun, pempengaruh (influencer) dan belia agar ianya lebih menarik dan relevan.

Para pembahas 4PM Bahas Selebriti 2024 terdiri daripada:
1) Joe Jasmi, pelakon veteran
2) Chef Mel Dean, cef dan pengarah kulinari Permata Singapura
3) Haslinda Ali, pengasas FITFAB.SG dan audio siar Diari Mummy
4) Al-Matin Yatim, pengamal teater
5) Afrah Athasha Zalelo, penyanyi hip-hop
6) Noshin Putri, pelajar University College London (UCL) dan mantan pembahas Bahas 4PM
7) Ariel Aiman, pelajar Institusi St. Joseph (SJI) dan Pembahas Terbaik Keseluruhan Bahas 4PM (Menengah) 2024
8) Riefqan Iman, pelajar Maktab Rendah Yishun Innova (YIJC) dan Sahabat Sastera 2024

Bersama pengerusi (moderator) 4PM Bahas Selebriti 2024 adalah Aric Hidir & pengacara Didicazli Ismail.

Butiran acara:

Tarikh: Sabtu, 6 Julai 2024

Masa: 3:15ptg hingga 4:15ptg (pendaftaran dibuka pada 2:30ptg)

Venue: Persada Budaya, Wisma Geylang Serai, 1 Engku Aman Turn, Singapore 408528

Para pembahas akan bertikam lidah dengan mauduk iaitu:

KECERDASAN BUATAN (AI) MEMBANTU PROSES KREATIF DAN PENCIPTAAN SENI

Saksikan 4PM Bahas Selebriti pada 6 Julai nanti!

Dapatkan tiket melalui pautan Eventbrite yang diberi.

Tempat terhad! Daftar sekarang!

Para penonton yang dijemput boleh mendaftar secara dalam talian melalui pautan Eventbrite ini. Setelah mendaftar, e-tiket akan dihantar ke alamat e-mel pendaftar.

Pada hari acara (6 Julai 2024), sila tunjukkan e-tiket anda di kaunter pendaftaran.

Sila ambil perhatian bahawa e-tiket hanya sah untuk seorang dan tidak boleh digunakan semula.

Ikuti laman ">span> dan ">span> 4PM!



Price Free
update information
25 Events and Things to Do in Singapore This Weekend

You May Also Like

All events in Singapore
Jul
06-07